Thursday, July 18, 2013

SIAPA SUAMI ANDA DI SYURGA??

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

 2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

 4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

 6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda: "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir." (H.R. Al-Albani)

 Kalau sayangkan suami, jadilah isteri yang solehah. Boleh jadi ketua bidadari kepada suami anda di syurga nanti. Itu baru dikatakan bercinta sampai ke Syurga.........

 Ustaz Nasir

Thursday, May 9, 2013

SELAMAT DATANG BULAN REJAB



Syed Abdul Kadir Aljoofre:

 Hari ini Jumaat terakhir bulan Jamadil Akhir. InsyaAllah malam ini bermulalah Rejab, salah satu bulan yang mulia dalam Islam. Ia juga bererti, dua bulan lagi insyaAllah kita bertemu Ramadhan, jika Allah panjangkan umur kita. Malam ini juga Imam Syafie senaraikan salah satu malam pintu langit terbuka (doa mustajab insyaAllah). Jom kita berdoa sebanyak-banyaknya untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan ummat Islam. Jangan dilupa saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Selatan Thailand dan seluruh dunia. اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان. Ya Allah, berkati kami pada Rejab dan Sya'ban. Sampaikan kami ke Ramadhan. Amiin.

Monday, March 4, 2013

ASTRO DI MANA-MANA

ASTRO DI MANA-MANA
DI POKOK PUN ADA

Sunday, November 11, 2012

GEMPAQ!!! KAMERA AES DIPASANG SECARA HARAM?

Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.

Batu caves condo near temple ronnie liuAnggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut. -malaysiakini


Sunday, November 4, 2012

JEM

Penat bro,hari2 jem.Gua ingat mau cipta kereta yg boleh buka kaki lepas tu jalan di kaki lima kah kah kah.


Tuesday, July 3, 2012

ARENA TEST

Saturday, July 23, 2011

IFRAME

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More